Wednesday, April 29, 2020

Masyarakat Melayu Cape di Afrika Selatan


Di benua Afrika, satu-satunya negara yang mempunyai ramai penduduk dari etnik Melayu adalah Afrika Selatan. Di negara ini, penduduk Melayu dikenali dengan nama Melayu Cape (disebut ‘kep’, bukannya capek ye...). Melayu Cape di sini hampir menyamai definisi Melayu di negara kita iaitu istilah umum yang merujuk kepada komuniti keturunan pendatang yang datang dari seluruh kepulauan Melayu (tidak terhad dari semenanjung Tanah Melayu semata-mata) dan turut mempunyai percampuran darah dengan para pendatang dari India, Madagascar, Arab dan lain-lain kawasan. Nama ‘Cape’ ini merujuk kepada Cape of the Golden Hope, wilayah di mana masyarakat Melayu yang dibuang negeri dikumpulkan. 

Pendatang dari kepulauan Melayu dikatakan mula tiba di Afrika Selatan sekitar abad ke-17. Pendatang dari kepulauan Melayu ini boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu golongan raja dan bangsawan, ulama’, rakyat merdeka serta hamba. Antara tokoh-tokoh bangsawan yang dibuang negeri oleh penjajah Belanda ke Afrika Selatan ialah Raja Tambora, menantu Sultan Pakubuwono iaitu Loring Passir dan adiknya, Dipa Nagara, Raja Muda Doumano iaitu Termano, Raja Ahmad dari Ternate, Raja Madura, Daeng Mangenan dari Makasar dan Raja Boelong Egnesius Monoppo sementara ulama’ terkenal yang dibuang negeri ke sini ialah Syeikh Yusuf, mufti Kerajaan Banten, dan Imam Abdullah Kadi Abdussalam.

Apa yang menarik, tindakan penjajah Belanda membuang negeri ulama’-ulama’ terkemuka dari Nusantara ke Afrika Selatan seperti Syeikh Yusuf telah memberikan hikmah penyebaran syiar Islam di selatan benua Afrika ini. Salah satu fakta yang agak pelik dan aneh untuk diteliti ialah dasar penjajah Belanda pada ketika itu yang menggalakkan golongan hamba-hamba untuk memeluk agama Islam. Ini kerana penjajah Belanda tidak membenarkan hamba-hamba yang beragama Kristian untuk diperdagangkan di pasaran. Setiap hamba yang diterima untuk memeluk agama Kristian di Afrika Selatan secara automatiknya akan menjadi manusia yang bebas. Justeru itu, bagi mengelakkan kehilangan hamba-hamba ini yang dianggap oleh penjajah Belanda sebagai sebagai “harta” yang boleh di jual-beli di pasaran, hamba-hamba yang masih belum beragama digalakkan untuk menganut agama Islam.

Kehadiran rumpun Melayu juga membolehkan pengaruh Bahasa Melayu digunapakai di Afrika Selatan khususnya di Cape Town. Perkara ini dapat dirujuk menerusi catatan mahkamah yang dibuat pada tahun 1713. Salah satu kes mahkamah yang membabitkan 12 orang pekerja menggunakan Bahasa Melayu dalam menyampaikan keterangan mereka. Catatan lain pula menunjukkan pada tahun 1725, seorang pesalah berketurunan China juga memberikan keterangan di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu. Sementara pada tahun 1733, tiga pesalah keturunan yang sama turut menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi di mahkamah. Namun demikian, Bahasa Melayu semakin mengalami kepupusan menjelang abad ke-19 dan tidak lagi dituturkan sepenuhnya oleh masyarakat Melayu Cape dan hanya digunakan oleh beberapa individu terutamanya yang sering berurusan dan berulang-alik antara Afrika Selatan ke Malaysia/ Indonesia. Beberapa istilah istilah Bahasa Melayu juga turut terserap dalam Bahasa Afrikaan, antaranya ialah Agar-agar, Arak, Askari (Askar) dan Atjar (Acar).

Menjelang abad ke-20, istilah ‘Melayu’ terus digunakan oleh penjajah British yang mengambil alih kuasa daripada Belanda di Afrika Selatan. Penjajah British turut mengetengahkan jati diri Melayu di Afrika Selatan dengan menubuhkan satu batalion tentera yang dikenali sebagai “Malay Corps”. Tindakan penjajah British itu menunjukkan pengiktirafan mereka terhadap masyarakat Malay Cape sebagai salah satu daripada warga penduduk di Afrika Selatan. Walaubagaimanapun, pada tahun 1846, batalion ini telah dibubarkan apabila anggotanya terlibat dalam pemberontakan disebabkan mereka tidak diberikan layanan sebagaimana yang telah dijanjikan. 

Ketika era Aparteid, masyarakat Melayu di Afrika Selatan dikelaskan dalam golongan ‘Coloured’, yang menduduki strata pertengahan dalam kelas sosial pada waktu itu.Golongan Kulit Putih menduduki herarki teratas sementara golongan kulit Hitam menduduki hierarki terbawah. Masyarakat Melayu di Afrika Selatan khususnya di Cape kini ramai yang tinggal di Malay Quarters, merupakan sebuah kawasan berbentuk segi empat bujur yang dibatasi oleh Jalan Buitengracht, Chiappini, Wale dan Strand. Kawasan ini merupakan kawasan kediaman tertua orang Melayu di Afrika Selatan. Malay Quarters terletak di pinggir pusat bandar raya Cape Town dan sering di sebut sebagai Bo-Kaap. Sungguhpun Bo-Kaap pada asalnya merupakan tempat kediaman orang Melayu, tetapi hari ini kawasan ini lebih merupakan kawasan kediaman penduduk kulit berwarna.

Identiti bahasa dan budaya masyarakat Melayu Cape semakin lama semakin terhakis sejajar dengan peredaran masa. Memandangkan pada hari ini, masyarakat Islam Afrika Selatan dari keturunan benua India lebih ramai daripada masyarakat Melayu Cape, minoriti Melayu Cape lebih selesa menggunapakai nama yang lebih umum iaitu “Muslim Cape” berbanding “Malay Cape” pada hari ini.

Nota :
Maklumat lain juga boleh dirujuk dalam buku “Melayu Cape di Afrika Selatan” tulisan Wan Hasyim dan Hanapi Dollah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2010)

KD HANG TUAH : Sebuah Legasi EVOLUSI TLDM




54 tahun lalu, tarikh keramat 29 Disember 1966 tercatat bagaimana sejarah KD HANG TUAH bermula. Sejarah KD HANG TUAH yang panjang sudah cukup menggambarkan detik-detik kegemilangan kapal ini yang telah merentasi hampir seluruh lautan di dunia dan berlabuh di pelbagai pelabuhan negara-negara asing sebagai duta kecil Malaysia. Mengambil nama Laksamana terbilang ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Laksamana Hang Tuah, KD HANG TUAH tidak dapat disangkal antara aset TLDM yang berupaya bertahan di dalam inventori TLDM hingga ke hari ini yang kini menjangkau usia 54 tahun kapal.

Menyorot kembali detik-detik permulaan pembinaan kapal ini, KD HANG TUAH dibina oleh limbungan Yarrow Shipbuilders di Glasgow, Scotland. Kapal ini asalnya dibina untuk Tentera Laut Ghana, dan sepatutnya digunakan sebagai Kapal Laksamana (flagship) Tentera Laut Ghana. Ia dilengkapi dengan kemudahan penginapan untuk Presiden Ghana Kwame Nkrumah dan dinamakan Kapal Black Star. Selepas Kwame Nkrumah digulingkan pada tahun 1966, kerajaan baru Ghana telah membatalkan pesanan untuk kapal ini kerana harganya yang terlalu mahal iaitu £5 juta ketika itu. Oleh kerana kapal ini tidak disiapkan dengan sepenuhnya, ia dibiarkan di tambatan untuk beberapa tahun sebelum dipindahkan ke Portsmouth dalam bulan April 1972 dan kemudian ke Limbungan Chatham untuk dilengkapkan semula supaya menepati piawaian kelengkapan kapal frigat Tentera Laut Diraja British.


Pada 16 Mei 1973, kapal ini ditauliahkan sebagai Her Majesty Ship (HMS) Mermaid dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja British. HMS Mermaid dihantar untuk bertugas di Timur Jauh kerana kelengkapan persenjataannya yang agak ringan menyebabkan ia tidak sesuai untuk penggunaan di Eropah dan dihantar bertugas sebagai kapal pengganti kepada HMS Chichester, kapal pengawal di Hong Kong. HMS Mermaid juga bersedia untuk memindahkan rakyat British dari Saigon semasa penghujung Perang Vietnam. Dalam perjalanan pulang ke Britain, HMS Mermaid berlanggar dengan kapal penyapu periuk api HMS Fittleton yang sedang menjalani satu latihan NATO dan mengakibatkan beberapa kematian. Selepas dilucut tauliah di dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja British, kapal ini digunakan untuk menjalankan ujian petunjuk sasaran bergerak yang membantu radar mengenal pasti sasaran di antara selerakan yang dihasilkan oleh permukaan laut.

KD HANG TUAH diasaskan kepada reka bentuk Type 41/61 Tentera Laut Diraja British tetapi dengan badan kapal dan perkakasan yang diubahsuai untuk kegunaan Ghana. Badan kapal ini cembung sedatar dan serombong kapal ditiruskan menjadi satu serombong sahaja. Kawasan penginapan kapal ini diperbesarkan dan ditambah untuk kegunaan Presiden Nkrumah sementara persenjataannya pula dimudahkan oleh Tentera Laut Ghana (pembeli asal) untuk menjimatkan kos binaan. Meriam 4 inci dengan laras kembar dipasangkan di hadapan kapal ini menggunakan tapak cagak (mounting) Mk19. Difahamkan juga, terdapat 4 buah meriam tunggal bersaiz 40mm jenis sekunder Bofors antiudara. Terdapat juga kelengkapan antikapal selam yang menggunakan Mortar Limbo MK 10 yang dipasangkan di bahagian buritan kapal. Kapal ini diberikan sonar jenis Type 170 dan Type 176 dan radar jenis Plessey AWS-1 untuk carian udara. Kapal ini menggunakan alat navigasi dari jenis Racal Decca 45, penjejak permukaan jenis Ericson Sea Giraffe 150HC dan sebuah radar pandu arah. Kapal ini mempunyai berat sesaran standard 2,300 tan, dan kebolehan kelajuan maksima 24 knot. Panjang kapal ialah 103.5 meter, manakala lebar kapal 12.2 meter dan draf kedalaman 4.9 meter. Walaupun tidak dilengkapi dengan helikoter tetapi kapal ini mempunyai platform untuk sebuah helikopter yang bersaiz sederhana. Malah, Kapal ini boleh memuatkan seramai 210 orang krew dalam satu-satu masa.

Dalam 22 Julai 1977, KD HANG TUAH telah ditauliahkan oleh Datin Badariah bt Abdullah, isteri kepada Datuk Abdullah bin Ali Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London ketika Istiadat Penamaan dan Pentauliahan KD HANG TUAH di Southampton, England. Kerajaan Malaysia telah membeli KD HANG TUAH dengan nilai $16 juta. Kapal ini menggantikan frigat KD HANG TUAH (F433) (ex-HMS Loch Insh) yang dilucutkan tauliah di dalam perkhidmatan TLDM kerana sudah usang. KD HANG TUAH (F76) meneruskan penggunaan nombor pennant F76 yang digunakan oleh HMS Mermaid sebelum ini.

KD HANG TUAH dalam perjalanan pulang dari Southampton, England telah singgah dibeberapa buah pelabuhan termasuk Casablanca, Tunisia, Iskandariah, Jeddah, Abu Dhabi dan Colombo. Semasa berlabuh di Jeddah, keseluruhan 167 pegawai dan anggota KD HANG TUAH yang beragama Islam telah melakukan ibadah umrah bagi mendapat keberkatan kapal pulang ke tanah air. Leftenan Kolonel (Laut) Tuan Hashim bin Tuan Mohamad N/400152 merupakan Pegawai Memerintah KD HANG TUAH yang pertama yang mengetuai 167 orang pegawai dan anggota kapal dari pelayaran hampir dua bulan. Setiba kapal di tanah air, upacara Menepung Tawar KD HANG TUAH telah dilaksanakan pada 14 Okt 1977. Ketua Turus Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Ibrahim bin Ismail telah diberi penghormatan untuk melakukan upacara Menepung Tawar KD HANG TUAH. Turut menghadiri upacara ini adalah Ketua Turus Tentera Darat Jeneral  Tan Sri Mohamad Sany bin Abdul Ghafar, Ketua Turus Tentera Laut Laksamana Muda Mohd Zain bin Mohd Salleh dan pegawai-pegawai tertinggi TLDM. Setelah ditauliahkan, KD HANG TUAH menjadi aset strategik di dalam skuadron kapal frigat TLDM.

Tahun berganti tahun, KD HANG TUAH kini terhad dengan keupayaan teknologi yang tidak sesuai pada zamannya. Pada disember 2006, KD HANG TUAH telah ditugaskan sebagai satu-satunya kapal di dalam Skuadron Frigat ke-21 Armada TLDM di bawah Flotila latihan. Kapal ini digunakan sebagai kapal latihan untuk melatih Pegawai Dalam Latihan (PDL) dan Laskar Dalam Latihan (LDL). Kapal ini menjalankan pelbagai bentuk latihan bagi memastikan pelatih mendapat latihan yang maksimum demi memenuhi kehendak perkhidmatan TLDM. Kini disember 2016, Sementelah menganjak 50 tahun usia KD HANG TUAH, kapal yang pernah digeruni ini di dalam flotilla kelas tersendiri kini meniti hari di penghujung usia. Amanah dari krew pertama yang membawa pulang ke Malaysia pada 21 Julai 1977 dahulu tidak akan dilupakan walau sekali. Amanah yang sejak 50 tahun dahulu ketika kapal ini dirasmikan hingga kini 29 Disember 2016, adalah detik penentuannya. Ia masih utuh dan gagah membadai lautan samudera dengan membawa amanah yang selama ini dipikul demi keselamatan perairan dan kedaulatan tanah air tercinta.

Kesempatan menemui salah seorang krew pertama Pak Idrus Abas beberapa minggu lepas di Putrajaya yang mana beliau salah seorang yang membawa pulang KD HANG TUAH dari Southampton, England ke Malaysia. Pengalaman bertemu Old Navy ini amat mengujakan penulis. Tidak kira warga Navy People atau masyarakat di negara ini terutama belia dan beliawanis seharusnya sentiasa mengingati jasa dan sumbangan wira-wira yang tidak didendang ini yang membina membangun serta memperkukuh keselamatan Malaysia seperti yang kita nikmati pada hari ini.  Di dalam memastikan semangat patriotisme kekal membara di kalangan generasi muda terutamanya, KD HANG TUAH merupakan manifestasi sebuah model kebanggaan negara di dalam mempertahankan maruah negara dari anasir-anasir luar yang perlu kita hargai untuk tatapan generasi akan datang.

Lt Mohd Hisyam bin Sah Nuddin TLDM
Penyelidik Sejarah
Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM

Misteri Kapal Flor de la Mar



Abad ke 16 salah satu kapal terbesar dan termegah milik kerajaan Portugis tenggelam di Perairan Sumatera tepatnya di wilayah Kerajaan Pasai, Sumatera Timur Laut – Aceh.
Saat itu Flor de la Mar membawa harta rampasan raja Malaka Sultan Mahmud dalam bentuk rempah-rempah dan perhiasan sebanyak 200 peti yang rencananya akan di angkut ke portugis untuk dipersembahkan kepada raja.
Kapal berlayar dari Malaka menuju Portugis mengangkut harta Rampasan milik kerajaan Malaka (Malaysia) sebanyak 200 peti perhiasan dan rempah bernilai jutaan dolar Amerika tenggelam setelah berjuang menghadapi ganasnya badai tanggal 20 November 1511.
Alfonso de Albuquerque sang nahkoda seorang bangwasan yang akan menjadi raja muda kedua portugis di India berhasil selamat dengan menaiki sekoci bersama beberapa perwira, semantara 400 awak lainnya tenggelam bersama harta muatanya.
500 Tahun kemudian misteri keberadaan harta karun Kapal FLor de la Mar menarik minat pemburu harta karun untuk mencari keberadaannya yang diperkirakan bernilai Rp. 34.6 T. Salahsatunya adalalah Robert Marx dan istrinya mengaku telah menghabiskan 20 juta dollar Amerika dalam projek untuk membawa Flor de la mar ke permukaan.
Di antara ekspedisi paling serius untuk menemukan harta yang hilang dilakukan South East Asia Salvage, perusahaan dari Singapura yang menerima izin dari otoritas Indonesia pada tahun 1989 untuk mencari kapal yang tenggelam namun hasilnya tetap masih menjadi misteri.
National Geographic dan produser film Titanic juga mengajukan proposal dan berniat membuat film soal kapal ini apabila suatu hari ditemukan. 

Menurut dokumen penelitian di museum Malaysia, salah satu komponen harta itu adalah 4 singa duduk berukuran penuh yang dilebur dari emas murni. Patung-patung lain dan takhta emas murni juga diyakini sebagai salah satu harta karun yang tenggelam serta emas, perak, dan batu permata yang tak terhitung jumlahnya.

Kumari Kandam atau Lemuria


Sumber: AncientCode, Tripoto, TalkingTree, TheEpochTimes, MadrasCourier, AncientO Origins dan DiscloseTV
Kredit gambar: AncientOrigins dan Tripoto

Bumi tidak selalu kelihatan seperti sekarang. Sejuta tahun yang lalu, permukaan bumi kelihatan sangat berbeza dan bahkan negara-negara yang kita kenal berada di lokasi yang sama sekali berbeza.



Negara dan benua yang kita kenal sekarang tidak wujud. Sebagai gantinya, mereka semua dikelompokkan dalam sebuah daratan yang disebut Pangea.

Sebab yang berubah adalah disebabkan oleh pergerakan lempeng tektonik dan pergeseran benua, yang mencipta gunung, tanah terendam, dan bahkan menyebabkan bencana besar seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, dan tsunami.
 
Kumari Kandam atau Lemuria?

Mirip dengan kota Atlantis dan Dwaraka yang hilang, dipercayai bahawa ada peradaban kuno pada masa lalu yang dikenali sebagai Kumari Kaandam.
Kumari Kandam pertama kali disebut pada abad ke-15 Skanda Puranam dan dikatakan tenggelam di Lautan Hindi kerana kenaikan permukaan laut setelah zaman es terakhir berakhir.

Menurut Institut Oseanografi Nasional India, permukaan laut 100m lebih rendah sekitar 14.500 tahun yang lalu, dan kenaikan permukaan laut menyebabkan benua itu ditelan oleh laut.

Nasionalis Tamil percaya Kumari Kandam yang sekarang tenggelam adalah benua yang diperintah oleh Raja-raja Pandiyan selama lebih dari 10,000 tahun dan orang-orang Tamil di sana berhijrah ke lokasi lain, membentuk bahasa, bangsa, dan bahkan peradaban baru.
Sebilangan sarjana Eropah menamakan benua ini Lemuria, dan percaya ia bersambung dengan Madagascar, Australia, Sri Lanka, dan India Selatan; sepanjang perjalanan dari Afrika ke Asia.




Ahli geologi Eropah abad ke-19, Phillip Lently Sclater mengemukakan istilah Lemuria sebagai cara untuk menjelaskan penghijrahan lemur Madagaskar ke India. Dia kemudian mengemukakan teori tentang daratan yang menghubungkan Afrika dengan Asia, serupa dengan yang dipercayai oleh Nasionalis Tamil.

Selain itu, pengasas Theosophical Society Madam Blavatsky memanggil penduduk tanah tenggelam sebagai orang Lemurian, dan percaya mereka tersesat dalam bencana tindakan gunung berapi, tenggelamnya benua dan api bawah tanah.

Kerana kesamaan teori, Lemuria dan Kumari Kandam sering berhubung.
Selama bertahun-tahun, banyak penyelidik dan ahli geologi telah mencari jawapan untuk misteri di sebalik benua yang hilang ini. Walaupun peradaban ini disebut dalam kitab suci Hindu, masih ada kekurangan bukti kukuh untuk membuktikan keberadaannya.
Tetapi jika dibuktikan, itu berarti harta pengetahuan dan budaya kita tersembunyi di kedalaman laut.

Sejarah tentang Boon Siew Honda


Tan Sri Dato' Loh Boon Siew (1915-1995) atau dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan pengasas Boon Siew Honda. Loh dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis babi yang berguna sebagai bahan bakar untuk mendapatkan duit. Ketika berusia 12 tahun, dia tiba di Pulau Pinang menaiki sebuah bot kecil dari China. Dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien. Ketika baru tiba dia bekerja sebagai pelatih mekanik kereta dengan upah 3 ringgit sebulan. Dia tinggal dalam kuarters pekerja ‘kolie keng’ di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah.

Ketika berusia 18 tahun, Loh membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunakan simpanan 2,000 ringgit. Dia membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudiannya dia membeli 39 unit bas yang lain. Pada tahun 1942, kesemua wang hasil keringatnya dirampas oleh tentera penjajah Jepun semasa Perang Dunia ke 2. Tetapi Loh tidak berputus asa, selepas 1945 setelah Jepun kalah, dia mula menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian dia mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta terpakai dan juga bas. Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan hartanah dengan membina vila di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang.

Pada tahun 1958, ketika bercuti di Jepun Loh melihat motosikal Honda Super Cub sangat mendapat sambutan. Dia percaya bahawa mesin berkos rendah pasti akan mendapat pasaran yang meluas di Malaysia yang sedang membangun. Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda kerana menyedari potensi besar Honda. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudian melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal motorsikal Honda di negara ini pada ketika itu, 50 unit Honda 4-stroke cub dibawa masuk ke Malaysia.

Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motosikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motosikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bermaksud motosikal kecil.

Tuesday, April 28, 2020

Asal Usul Melayu Sarawak


Terdapat 3 asal-usul mengenai orang Melayu di Sarawak iaitu:-

1) Berasal dari Sumatera dan Tanah Melayu.

Suku kaum Melayu di Sarawak mendiami kawasan persisiran pantai. Mereka dipercayai berasal dari Sumatera (dan sesetengah sumber lain juga menyebut Semenanjung Tanah Melayu). Mereka mula datang ke Sarawak sejak kurun ke-15 Masihi lagi. Penempatan awal mereka adalah di Lidah Tanah iaitu kawasan di sekitar Sungai Sarawak (kini terletak di Bahagian Kuching).

Pada masa itu, suku kaum ini diketuai oleh seorang Putera Raja bernama Datuk Merpati Jepang. Orang Melayu beragama Islam dan menjalankan aktiviti ekonomi menangkap ikan di laut, bertani dan berniaga. Setelah mereka dijajah oleh Kesultanan Brunei pada kurun ke-16, keturunan Datuk Merpati Jepang terus dilantik sebagai pentadbir di sini dengan memakai gelaran Datuk. Akhirnya lahirlah jawatan-jawatan pentadbir seperti Datuk Patinggi (sebagai ketua menteri), Datuk Temenggung (menjaga keamanan dan keselamatan) dan Datuk Bandar (mengendalikan hal-hal perdagangan).

2) Keturunan Melayu Brunei (Kesultanan Brunei).

Menurut satu sumber yg lain, orang Melayu yang mendiami kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Brunei seperti di Bahagian Miri adalah berasal dari keturunan Melayu Brunei. Keturunan golongan ini memakai gelaran Abang (bagi lelaki) dan Dayang (bagi perempuan) yang juga berfungsi sebagai nama keluarga (surname). Mereka mula masuk ke Sarawak setelah Sarawak dijajah oleh Kesultanan Brunei.

3) Berasal dari Bangsa Dayak yang memeluk Islam dan telah mengadaptasikan adat, kebudayaan dan cara hidup orang Melayu serta bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.

Golongan ini merujuk kepada orang-orang Melayu yang menetap di bahagian lain di Sarawak. Nenek-moyang kepada golongan ini boleh dikatakan orang Dayak yang terasimilasi menjadi kaum Melayu secara rela setelah memeluk Islam.

Kewujudan golongan ini juga telah menyebabkan terciptanya bahasa Melayu loghat Sarawak. Seperti bahasa Melayu loghat Kelantan, bahasa Melayu loghat Sarawak agak sukar untuk difahami oleh penutur-penutur loghat Melayu yang lain kerana loghat tersebut banyak menyerap perkataan dan istilah dari bahasa Dayak khususnya Iban.

Bajeng Asal Hang Tuah


Hang Tuah adalah seorang pahlawan dan tokoh legendaries Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Malaka. Ia adalah seorang pelaut dengan pangkat laksamana dan juga petarung yang hebat di laut maupun di daratan.

Asal-usulnya

Bermula, pada suatu hari. Sultan Mansur Syah berfikir hendak mengirim utusan ke Mengkasar [Makassar], maka Baginda pun memanggil Bendahara Paduka Raja (Bendahara sederajat dengan Perdana Menteri dalam sistem pemerintahan sekarang). Setelah Bendahara Paduka Raja datang menghadap, maka baginda pun berkata, “Hamba hendak mengirim utusan ke Mengkasar [Makassar]. Bagaimana pendapat Bendahara, apakah hal ini baik atau buruk?” Maka sembah Bendahara, “Sebaik-baik pekerjaan tuanku, berbanyak-banyak sahabat daripada seteru.”

Maka titah baginda, “Karanglah surat Hamba kepada raja Mengkasar [Makassar].” Maka Bendahara pun bermohonlah kepada baginda, lalu kembali untuk mengarang surat Sultan Mansur Syah kepada raja Mengkasar [Makassar]. Setelah surat tersebut selesai, lalu dipersembahkannya kepada Baginda; Baginda pun menyuruh untuk membacakannya.

Setelah Sultan Mansur Syah mendengar bunyi surat itu, terlalulah baginda berkenan. Adalah utusan yang dikirim itu : Seri Bija Pikrama dengan Tun Sura Diraja. Maka keduanya pun menjunjung duli; surat pun diarak dengan gendang serunainya, nafiri, dengan payung putih satu dan payung kuning satu. Maka sampailah kejambatan, maka kedua utusan itu pun turunlah ke perahunya menyambut surat itu, adapun yang mengantar surat itu adalah pegawai sebanyak empat orang. Setelah surat sudah turun maka yang menghantar pun kembalilah, selanjutnya Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun belayarlah.

Beberapa lama di jalan maka sampailah ke Mengkasar [Makassar], dipelabuhannya. Maka dipersembahkan orang kepada raja Goa, untuk mengatakan bahwa utusan dari Melaka datang. Maka raja Goa pun keluarlah dikawal oleh karaeng-karaeng beserta hulubalang dengan segala juak-juaknya, penuh dari balai datang ke tanah, orang yang mengadap. Maka surat pun disuruhnya sambut dengan selayaknya, betapa adat menyambut surat raja-raja yang besar-besar itu, demikianlah dibuatnya dengan hormat mulianya; delapan orang hulubalangnya, diarak dengan bunyi-bunyian, Setelah datang, disambut oleh penghulu bentaranya, dipersembahkannya kepada raja di Goa. Maka disuruhnya baca, setelah sudah dibaca, maka raja di Goa pun terlalu sukacita mendengar bunyi surat raja Melaka yang mengatakan daripada jalan muafakat itu. Setelah itu Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun naiklah menyembah raja di Goa, lalu duduk bersama-sama dengan hulubalangnya. Maka segala bingkisan pun dibawa oranglah masuk.

Selanjutnya berkatalah raja di Goa, “Hei Orang Kaya, apa khabar saudaraku di Melaka, tiada ia sakit-sakit? Dan apa kehendaknya menyuruhkan Orang Kaya kedua ini, apa hendak dicari?”

Maka sahut Seri Bija Pikrama, “Khabar baik karaeng. Tidak apa kehendak paduka adinda menyuruh mengadap tuanku, sekadar hendak mufakat juga, karaeng.” Maka raja di Goa pun terlalu suka, seraya berkata, “Aku pun demikian lagi Orang Kaya, hendak mufakat dengan saudaraku raja Melaka.”Maka sirih berkelurupang berceper pun datanglah, diberikan kepada Seri Pikrama dan Tun Sura Diraja. Maka kedua tempat sirih itu diberikannya kepada budak-budaknya, Seketika duduk, maka raja di Goa pun masuk; maka segala yang mengadap itu masing-masing kembalilah, maka Seri Bija Pikrama, dan Tun Sura Diraja pun turunlah ke perahu. Maka raja Mengkasar [Makassar] pun menyuruh menghantar pada kedua utusan itu, daripada sirih-pinang dan buah-buah serta dengan juadahnya.

Adapun akan Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, beberapa kali diperjamu oleh raja di Goa, Senantiasa ia mengadap dan berkata-kata dengan baginda.

Hatta angin musim pun telah bertiuplah; pada suatu hari datanglah Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja mengadap raja di Goa hendak bermohon kembali. Maka sembahnya, “Karaeng, patik hendak bermohon, kerana musim sudah ada.”

Maka titah raja di Goa, “Baiklah Orang Kaya; apa kegemaran saudaraku raja Melaka, supaya aku carikan.”

Maka sembah Seri Bija Pikrama, “Tuanku, kegemaran paduka adinda itu, jikalau ada seorang laki-laki yang baik rupanya dan sikap serta dengan beraninya, itulah kegemaran paduka adinda.”

Maka titah raja di Goa, “Orang yang bagaimana itu? Anak orang baikkah? Atau sembarang orangkah?”

Maka sembah Seri Bija Pikrama, “Jikalau boleh, anak orang baiklah, karaeng.”

Setelah baginda mendengar kata Seri Bija Pikrama itu, maka titah raja di Goa kepada juak-juaknya, “Pergi engkau semua carikan aku, anak daeng yang baik, anak hulubalang yang baik; barang yang baik rupanya dan sikapnya engkau ambil.”

Maka segala juak-juaknya pun pergilah mencari anak orang, diseluruh kampung dan dusun dicarinya tiada didapatkan. Maka didengarya ada anak raja Bajung [Bajeng] yang terlalu baik rupanya dan sikapnya, ayahnya sudah mati. Maka segala juak-juak itu pun pergilah ke Bajung [Bajeng]. Setelah sampai, dilihatnya sungguh seperti khabar itu, lalu diambilnya, dibawanya kembali mengadap raja di Goa dan dipersembahkannya.

Maka oleh raja di Goa, ditunjukkannya itu. Maka titah baginda, “Bagaimana dengan orang ini, berkenankah saudaraku di Melaka, orang kaya?”Maka dipandang oleh utusan kedua itu, terlalulah ia berkenan dengan gemarya. Maka sembah Seri Bija Pikrama, “Demikianlah tuanku, yang dikehendaki paduka adinda.”

Maka titah baginda, ”Jika demikian orang ini saja Orang Kaya, aku kirimkan kepada saudaraku raja Melaka, ia ini anak raja Bajung, sebagai tanda mufakat, serta dengan kasihku akan saudaraku raja Melaka, maka aku berikan.”

Maka sembah Seri Bija Pikrama, “Seperti titah tuanku; yang titah paduka adinda pun demikian juga, tuanku. ”

Adapun anak raja Bajung itu Daeng Merupawah namanya; umurnya baru dua belas tahun. Diceriterakan orang yang empunya ceritera, sudah dua kali ia membunuh, mengembari orang mengamuk di negeri.

Setelah keesokan hari, maka utusan kedua itu pun naiklah mengadap raja Mengkasar [Makassar], didapatinya raja di Goa telah pepak diadap orang. Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun duduk menyembah. Maka oleh raja di Goa utusan kedua itu dipersalini dengan sepertinya. Maka keduanya menyembah. Maka titah raja di Goa, “Katakan kepada saudaraku, Orang Kaya, akan Daeng Merupawah ini petaruhku Orang Kaya kepada saudaraku, raja Melaka. Perhamba ia baik-baik, dan kalau ada sesuatu yang dikehendaki oleh saudaraku, raja Melaka, dalam Mengkasar [Makassar] ini, cukup menyuruh ia kepada aku.” Maka sembah utusan kedua itu, “Baiklah tuanku.”

Setelah itu maka kedua utusan itu pun bermohonlah, lalu turun. Maka surat dan bingkisan pun diarak oranglah dengan selengkap alatnya, dengan segala bunyi-bunyian. Setelah datang ke perahu maka surat serta bingkisan itu disambut oranglah, disirupan. Maka segala yang menghantar itu pun kembalilah; maka Daeng Merupawah serta dengan Seri Bija Pikrama, kedua buahnya itupun belayarlah kembali.?*

Beberapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Melaka. Maka dipersembahkan orang kepada Sultan Mansur Syah, mengatakan Seri Bija Pikrama telah datang. Maka baginda pun keluarlah, semayam diadap segala Orang Besar-besar dan hulubalang sida-sida, bentara, biduanda, Hamba raja sekalian. Maka surat itu disuruh baginda sambut dengan istiadatnya. Maka Sed Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun bersama-sama baginda, serta membawa Daeng Merupawah.

Setelah sampai ke balai, maka surat disambut bentara dipersembahkan ke bawah duli baginda; maka disuruh baca kepada khatib. Setelah sudah dibaca, maka Sultan Mansur Syah pun terlalu sukacita mendengar bunyi surat raja Mengkasar [Makassar] itu. Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun naik menjunjung duli, lalu duduk mengadap kepada tempatnya sedia itu; maka Daeng Merupawah pun dipersembahkan ke bawah duli dengan segala pesan raja Mengkasar [Makassar] itu semuanya dipindahkannya.Maka Sultan Mansur Syah pun terlalu suka, serta berkenan baginda memandang rupa dan sikapnya Daeng Merupawah itu. Maka titah baginda, “Bagaimana sampai raja Mengkasar [Makassar] bisa mengirim anak raja Bajung ini? Dilanggarkah raja Bajung maka anaknya tertawan ini?”

Maka sembah Seri Bija Pikrama, “Tiada tuanku, raja Mengkasar [Makassar] bertanya kepada patik akan kegemaran duli tuanku maka patik katakan gemar akan orang yang baik rupa.” Mala semuanya perihal ehwalnya habis dipersembahkannya ke bawah duli Sultan Mansur Syah. Maka baginda pun suka, serta Seri Bija Pikrama dipuji baginda. Maka Daeng Merupawah itu dinamai baginda Hang Tuah, itulah asal Hang Tuah; maka dipeliharakan oleh baginda dengan sepertinya, terlalu kasih baginda akan Hang Tuah, maka dianugerahi akan dia sebilah keris terupa Melaka dengan selengkap perhiasannya.

Adapun Hang Tuah selama ia di Melaka, tiada lain kerjanya, hanya berguru akan ilmu hulubalang. Barang siapa yang lebih tahunya dimasukinya; adalah kepada zaman itu tiadalah dua orang-orang muda sebagainya.

Adapun “Perhangan” ke bawah duli Sultan Mansur Syah yang setelah sudah pilihan delapan orang, iaitu Hang Jebat, dan Hang Kasturi, dan Hang Lekir, dan Hang Lekiu, dan Hang Ali dan Hang Iskandar, dan Hang Hassan, dan Hang Hussin; dan tua-tuanya Tun Bija Sura, menjadi sembilan dengan Hang Tuah. Sekaliannya berkasih-kasihan, mufakat, sama berilmu, tetapi kepada barang main tewas semuanya oleh Hang Tuah. Demikianlah diceriterakan oleh yang empunya ceritera.

Demikianlah sepenggal cerita dalam Sejarah Melayu (SULALATUS SALATIN) mengenai pribadi dan asal-usul Hang Tuah.

Sekilas tentang Kerajaan Bajeng

Bajung [Bajeng] atau juga sering disebut Kerajaan Bajeng adalah salah satu kerajaan yang terdapat di daerah sulawesi selatan, tepatnya disebelah selatan Kerajaan Goa dahulu [Makassar]. Adapun penguasa [Raja] dari kerajaan ini disebut Karaeng Loe ri Bajeng, sedangkan masyarakatnya dahulu di kenal dengan nama Tu Polongbangkeng.

Wallahu a’lam bisshawab. Semoga manfaat.

Sumber :
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Sejarah Bukit Sadok dan Panglima Rentap

Gambar hiasan

MENGIKUT catatan sejarah (Rentap – Wikipedia, the free encyclopedia), Rentap atau nama sebenarnya Libau dilahirkan di Skrang di bahagian kedua negeri Sarawak.

Beliau adalah salah seorang pahlawan kepada Orang Kaya Pemancha Dana ‘Bayang’ yang sering mengetuai serangan ‘ngayau’ di kawasan selatan Sarawak hingga ke kawasan muara Sungai Kapuas.

Apabila Orang Kaya Pemancha Dana, sudah terlalu tua, maka Rentap mengambil alih mengetuai beberapa serangan di kawasan Lautan Sambas dan Pontianak, Indonesia. Atas keberanian dan kepahlawanan beliau maka Rentap menjadi terkenal sebagai seorang pahlawan handal dan juga menentang pemerintahan Rajah James Brooke.

Menurut buku yang ditulis oleh Kapten Henry Keppel (4) pada 4 Jun 1843, Rajah Brooke dan Keppel mengatur satu ekspedisi untuk menyerang kaum Dayak yang diketuai oleh Orang Kaya Pemancha Dana yang dikatakan sering membuat huru-hara di Sungai Saribas.

Pada 11 Jun 1843 askar Rajah Brooke membakar rumah panjang Orang Kaya Pemancha Dana di Nanga Padeh, Saribas. Pada 14 Jun 1843, askar Rajah Brooke, menyerang sebuah lagi rumah panjang Linggi ‘Mali Lebu’ di Kerangan Pinggai, Paku.

INDAH DAN DAMAI: Pemandangan alam semula jadi yang dirakamkan dari puncak Bukit Sadok.

Seterusnya pada 17 Jun 1843, mereka menyerang rumah panjang Rekaya Antau ‘Linggang Neneri’ dan Rekaya Gun ‘Mangku Bumi’ di Sungai Tawai, Rimbas.

Rajah Brooke telah mengarahkan Orang Kaya Pemancha Dana, Linggi dan seorang lagi pengikut Linggi untuk menyerahkan Rentap supaya membuat perjanjian perdamaian dan tidak menjalankan aktiviti ngayau lagi. Namun Rentap enggan berbuat demikian.

Pada 19 Ogos 1844, askar Rajah Brooke yang diketuai oleh Datuk Patinggi Ali menyerang tempat kediaman Rentap di Kerangan Peris Skrang, namun serangan ini berjaya dipatahkan oleh Rentap.

Rajah Brooke kemudian mendirikan kubu (Fort Of James) di Nanga Sungai Skrang bagi menyekat pergerakan Rentap melalui kawasan ini. Rentap dan pengikutnya menyerang Fort Of James pada tahun 1853.

Bulan Disember 1853, Rajah Brooke pergi ke hulu Sungai Skrang untuk mengadakan rundingan perdamaian namun ditolak oleh Rentap.

BERSEJARAH: Batu tapak meriam ‘Bujang Timpang Berang’ yang digunakan oleh Rentap dan pengikutnya untuk menumpaskan askar Tuan Muda Charles Brooke di Bukit Sadok pada 1857.

Pada tahun 1854, Rajah Brooke menghantar seramai 7,000 askar dari Kuching yang terdiri daripada orang Dayak dan Melayu untuk menyerang Rentap di Sungai Lang, Skrang. Rentap dan pengikutnya berusaha mempertahankan kubu mereka daripada diserang.

Beliau terkenal dengan kata-kata semangat “Agi Berdarah Agi Ngelaban”, “Agi Idup, Agi Ngelaban” (“Masih Berdarah, Masih Melawan”, “Masih Hidup Masih Melawan”). Namun serangan yang begitu hebat akhirnya memaksa Rentap dan pengikutnya mengundurkan diri ke Bukit Sadok.

Rentap dan pengikutnya kemudian memperkuatkan kedudukan mereka di Bukit Sadok dengan mengumpul pengikut yang setia kepada beliau di sepanjang Sungai Skrang dan hulu Sungai Saribas.

Rentap yang juga diberi gelaran sebagai ‘Raja Bukit’ kemudian membina kubu di kawasan curam Bukit Sadok yang ketinggiannya 2,725 kaki (830 meter) dan sukar untuk didaki oleh pihak musuh.

Pada 15 Jun 1857, Tuan Muda Charles Brooke mengadakan ekspedisi pertama bersama askarnya iaitu 3,500 Dayak dan 500 Melayu untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.

Rentap dan pengikutnya bertindak balas dengan menggunakan sebuah meriam (1515) ‘Bujang Timpang Berang’ yang mereka perolehi selepas membunuh penjaga kubu di Lintang Batang, Alan Lee, pada tahun 1853. Rentap dan pengikutnya akhirnya berjaya menumpaskan askar Tuan Muda Charles.

Pada tahun 1858, Tuan Muda Charles mengadakan ekspedisi kedua dengan membawa  rombongan yang lebih besar untuk menangkap Rentap di Bukit Sadok. Mereka menyerang dan membakar rumah panjang di kawasan Sungai Saribas yang menyebelahi Rentap. Di samping itu,  askar Tuan Muda Charles juga membakar rumah panjang pengikut Rentap di kawasan hulu Julau.

Sekembali dari kawasan Julau, rombongan askar Tuan Muda Charles menuju ke Bukit Sadok untuk menyerang Rentap. Namun serangan askar Tuan Muda Charles ini juga berjaya dipatahkan Rentap dan pengikutnya. Ramai askar Tuan Muda Charles yang melarikan diri. Kemenangan ini menyebabkan Rentap semakin terkenal dan semakin digeruni oleh pihak musuh ketika itu.

Pada 16 Oktober 1861, Tuan Muda Charles mengadakan ekspedisi ketiga untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok.  Pada ekspedisi kali ini, sebanyak 12 meriam telah dibawa termasuk sebuah meriam yang digelar ‘Bujang Sadok’ yang kini masih disimpan di Muzium Negeri  Sarawak.

Tuan Muda Charles menawarkan ‘Tajau Rusa’ kepada Nanang dan Luyoh iaitu anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana yang merupakan pengikut Rentap supaya mengadakan rundingan dengannya. Rundingan ini telah dibuat tanpa pengetahuan Rentap.

Nanang dan Luyoh berjanji setia kepada pemerintahan Rajah Brooke. Ini menyebabkan Rentap marah dan memusnahkan kubu yang dibina oleh Nanang dan Luyoh di kaki Bukit Sadok.

Pada 28 Oktober 1861, meriam ‘Bujang Sadok’ melepaskan 17 das tembakan dan merosakkan sebahagian daripada kubu Rentap. Rentap pula membalas tembakan dengan menggunakan meriam ‘Bujang Timpang Berang’ (kini disimpan di Pejabat Daerah Betong). Namun penembak meriam Rentap telah terkena tembakan menyebabkan darahnya terkena belerang dan akhirnya meriam ini tidak berfungsi lagi.

Apabila Rentap menyedari keadaan ini, beliau mengarahkan pengikutnya berundur dan mempertahankan kubu di kawasan dinding batu berdekatan dengan kubu.

Kubu Rentap telah dibakar namun beliau tetap tidak mahu menyerahkan diri dan berundur ke hulu Sungai Skrang di kawasan Bukit Lanjak Entimau, Lemanak dan Engkari.

Selepas itu Rentap berpindah ke Ulu Entabai, di kawasan Kanowit dan Julau.

Di sini, beliau mendirikan kubu di Bukit Stulak. Beberapa tahun kemudian beliau berpindah ke Karangan Panggil di Ulu Wak dan meninggal dunia pada 1870.

‘Lumbung’ (kubur) Rentap masih terdapat di Bukit Sibau di kawasan Sungai Hulu Budu/Kabo Saratok dan Sungai Wak Julau.

Kepahlawanan Rentap semasa melawan pemerintahan Rajah Brooke telah menjadi inspirasi kepada pejuang Dayak semasa zaman darurat Komunis. Ini termasuk Kanang Anak Langkau, Awang Anak Raweng dan ramai lagi.

kredit: Hidden History Crew Malaysia

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824


Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, juga dikenali sebagai (salah satu) Persetiaan London, ialah suatu perjanjian antara United Kingdom dan Kemaharajaan Bersatu Belanda di London pada 17 Mac 1824. Perjanjian ini dibuat bagi menyelesaikan pertikaian yang muncul selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1814.

Di antara syarat- syarat penting isi perjanjian ini ialah:-

Belanda mengiktiraf kedudukan Inggeris di Singapura.[1]

Belanda akan menyerahkan Melaka kepada pihak British dan sebagai balasannya pihak British pula akan memberikan Bangkahulu kepada pihak Belanda.

Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak (British & Belanda).

Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.

Pihak British pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.

Kesan Perjanjian Inggeris Belanda

Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan Pengaruh Belanda.

Perpecahan Empayar Johor-Riau. 
Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau di bawah pengaruh Belanda.

Persaingan kuasa di antara Belanda dengan British semakin sengit.

Tunku Muhammad Saad - Perjuangan Menentang Penjajahan Siam

Makam Tunku Muhammad Saad

"Pada 24 Mac 1838, Tunku Muhammad Saad bin Tunku Daud dan Dato' Wan Muhammad Ali menyebarkan surat jemputan ke Seberang Perai, menjemput datang berkumpul di Sungai Muda dan Sungai Merbok untuk sama-sama menentang Siam di Kedah. Tunku Muhammad Saad dibantu oleh Dato' Muhammad Ali dari Langkawi; Tunku Muhammad Taib dan Tunku Muhammad Akib dari Setul; Syed Husin dan Wan Muhammad Arshad dari kayang (Perlis); Tunku Abdullah, Tunku Sulaiman; Syeikh Abdul Samad al-Palembangi, seorang ulama terkenal di Kedah pada ketika ini; juga panglima perang, seperti Tok Mo Ris(Bomoh Idris) dari Perupok, Kubur Panjang; Dato' Syahbandar Wan Daud dari Pulai, Baling dan Dato' Madi dari Bandar Baru. Dato' Panglima Bukit Gantang juga menghantar 100 orang dan lima buah perahu ke Kedah membantu gerakan menentang Siam. 

Dalam usaha mengembeling tenaga sokongan penduduk Kedah, Tunku Muhammad Saad menyeru semua yang ingin menyertai gerakannya dan mendapat rahmat Allah berkumpul di Sungai Merbok. Penduduk Kedah menyahut seruan ini berkumpul di Sungai Merbok. Penduduk Kedah juga memberi sokongan kepada Tunku Muhammad Taib. Tunku Muhammad Saad melancarkan gerakannya pada bulan Mei 1838. Tunku Muhammad Taib berkumpul di Seberang Perai bersama-sama kira-kira 700 atau 800 orang dan kemudiannya memasuki Kedah. Angkatan Tunku Muhammad Saad yang berada di Sungai Muda mara ke Kedah setelah berjaya mengalahkan tentera Siam yang bertahan di sempadan Seberang Perai.

Pada 13 Jun 1838, angkatan di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad bergabung dengan angkatan Tunku Muhammad Taib berjaya mengundurkan pasukan tentera Siam yang berada di Kuala Sungai Merbok. Dengan itu angkatan ini mara ke Kedah dan Perlis. Pada 3 Ogos 1838, Tunku Muhammad Saad dan angkatannya melancarkan serangan ke atas Kota Kuala. Serangan Tunku Muhammad Saad ini dapat diatasi oleh pasukan Siam yang terdiri daripada 70 orang yang mendapat bantuan 300 orang Melayu melalui kerahan. Angkatan Kedah melancarkan serangan sekali lagi pada 4 Ogos 1838. Kali ini angkatan di bawah Tunku Muhammad Taib datang dari darat, membawa keluarga orang Melayu yang berperang bagi pihak Siam di dalam Kota Kuala. Keluarga orang Melayu tersebut dijadikan benteng pertempuran. Apabila tiga orang tua dan dua orang wanita terkorban serta ramai yang cedera, menyebabkan orang Melayu yang berada di dalam kubu menyokogan tentera Siam keluar menyokong Tunku Muhammad Taib.

Angkatan Siam yang tidak dapat bertahan mengundurkan diri ke arah Perlis. Setelah pasukan kerahan Melayu tidak ada lagi membantu pertahanan di Kota Kuala, pasukan tentera Siam menjadi lemah. Kota Kuala dapat diambil semula oleh Tunku Muhammad Saad. Tentera Siam yang gagal melarikan diri telah ditangkap dan diseksa hingga mati. Tindakan ini dilakukan kerana tentera Siam pernah melakukan perkara yang sama ke atas orang Melayu sebelum ini. Angkatan Tunku Muhammad Saad melancarkan serangan ke atas pasukan Siam yang cuba bertahan di Alur Ganu di bawah Phya Buri Sukhuton dan berjaya mengalahkan mereka. Dato' Muhammad Ali pula bergerak ke utara dan berjaya menduduki semula Setul. Kemudiannya tentera Siam dihalaukan keluar dari negeri Kedah; angkatan Kedah di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad berjaya menegakkan kembali kedaulatan Melayu dan Kedah.

Kerajaan Bangkok menuduh British lebih berpihak kepada Kedah. Angkatan Tunku Muhammad Saad di bawah Wan Ua(?) dan Wan Mat Pulau mara ke Chenak. Penduduk Cina dan Siam melarikan diri ke Senggora. Dalam ekspedisi ini angkatan Kedah telah memusnahkan kampung-kampung dan kuil Buddha. Angkatan ini mara ke Kota Baru, Reman dan seterusnya ke Kuala Bekah, Patani. Di samping itu angkatan di bawah pimpinan Tunku Muhammad Taib dan Tunku Muhammad Jiwa bersama kira-kira 2,500 orang bergerak ke Senggora dan berjaya mendudukinya. Mereka mendirikan 11 kubu kecil di sini. Angkatan Tunku Muhammad Saad bersama dengan Syeikh Abdul Samad al-Palembangi bersama 4,200 orang juga menuju ke utara dan menduduki Hadyai.

Kejayaan angkatan Tunku Muhammad Saad menghalau tentera Siam dari Kedah dan mendaulatkan kembali kuasa dan politik Melayu telah mengejutkan kerajaan Siam. Dengan itu Chao Phya Ligor dan Chao Phya Senggora yang ada di Bangkok diperintahkan pulang oleh Raja Siam mengumpul kekuatan mengatasi pasukan Kedah di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad. Serangan balas daripada angkatan Siam yang terdiri daripada 500 orang Cina, 2,000 orang Siam dan Melayu tidak dapat dihadang oleh angkatan Tunku Muhammad Taib yang berkubu di Senggora. Dalam pertempuran ini angkatan Kedah kehilangan jiwa 150 orang. Angkatan Tunku Muhammad Saad dan Syeikh Abdul Samad al-Palembangi yang berada di Hadyai juga gagal mengatasi serangan balas angkatan Siam di bawah Chao Phya Ligor yang berlarutan kira-kira 20 hari. Walaupun Tunku Muhammad Saad dapat mengundurkan diri tetapi Syeikh Abdul Samad al-Palembangi terkorban dalam pertempuran tersebut. Selain itu Setul juga telah diduduki kembali oleh angkatan Siam.

Kemudiannya angkatan Siam melancarkan serangan ke atas kubu pertahanan orang Melayu di Alur Ganu. Pertahanan Kedah di Alur Ganu di bawah Tunku Muhammad Saad dan Dato' Wan Ali telah pecah; angkatan Siam berjaya mendudukinya. Angkatan tentera Siam datang dalam tiga pasukan bersama gajah, kerbau dan bersama mereka terdapat kanak-kanak serta wanita, berpakai biasa tetapi rambut mereka dipotong yang ditawan dari kampung Alur Lakkah(?), yang mana suami mereka berada dalam kubu di Alur Ganu. Haji Muhammad Taib yang mengalami kecederaan berundur; menaikki perahu ke Pulau Pinang. Tunku Muhammad Taib pula setelah gagal bertahan kubu Alur Ganu daripada serangan Siam, berundur di waktu malam ke Kuala. Pihak British menghantar kapal Hyacinth untuk mengepung pantai Kedah. Kapal ini bertugas dari 6 Disember 1838 hingga 11 April 1839. Ketika mengepung persisiran pantai Kedah, angkatan British memusnah perahu dan harta orang-orang Kedah.

Dalam bulan Februari 1839, angkatan Siam kira-kira 4,000 orang telah melanggar Kota Kuala yang dikawal oleh Tunku Abdullah. Tunku Muhammad Saad bergabung di Kota Kuala selepas angkatannya gagal mengatasi serangan tentera Siam di kubu Alur Ganu. Di antara mereka yang terlibat dalam pertahanan di kota kuala ialah Tunku Abdullah, Tunku Muhammad Saad, Tunku Muhammad Seawee [Zawawi?] dan Tunku Muhammad Taib. Jumlah tentera yang bertahan pula kira-kira 500 orang. Akhirnya Kota Kuala diduduki semula oleh angkatan Siam pada 20 Mac 1839.

Setelah kekalahan di Kota Kuala, pasukan tentera Kedah berkumpul lagi dan melancarkan serangan kira-kira tiga hari ke atas pertahanan tentera Siam di kubu Alur Ganu. Dalam pertempuran yang berlarutan selama tiga hari, pasukan Kedah gagal mengalahkan tentera Siam. Dengan itu Tunku Muhammad Saad berundur. Wan Muhammad Ali, Haji Mustaffa dan Wan Ismail berjaya mengundurkan diri ke Langkawi pada malam hari, 3 April 1839. Wan Muhammad dikatakan bersiap sedia untuk mengundurkan diri seterusnya ke Batu Bara, Sumatera. Kapal Hyacinth datang ke Langkawi dan mendapati beberapa buah perahu dimusnahkan. Tunku Muhammad Saad dilaporkan berundur ke arah Seberang Perai dan kemudiannya beliau ditangkap oleh British dengan tuduhan sebagai "lanun".

Tunku Abdullah berundur ke Perlis dan kemudiannya menyerah diri kepada Gabenor S.G. Bonham di Pulau Pinang. Ketika serangan Siam ke atas Kedah, kira-kira 1,000 orang wanita dan kanak-kanak Kedah berlindung dalam jajahan British. Siam pula mengibarkan bendera setelah berjaya menawan kubu-kubu pertahanan Kedah. Sementara itu Tunku Jaafar, saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dan Tunku Dai atau Tunku Zainal Rashid, cuba berunding dengan pihak Siam. Tunku Muhammad Saad yang ditahan oleh British dihadapkan ke mahkamah. Walaupun bebas daripada tuduhan sebagai "lanun", Tunku Muhammad Saad dibuang ke Culcutta. Beliau kemudiannya dibenarkan pulang dan meninggal dunia di Pulau Pinang".

Perjanjian Pangkor 1874 : Campurtangan Inggeris Akibat Perebutan Takhta Perak


Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor.

Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripada pangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

Sebab Perjanjian

Perak pada masa itu merupakan pengeluar bijih timah utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai satu negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti Perang Larut dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di Hulu Perak.

Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.

Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada tahun 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campurtangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang-orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.

Syarat Perjanjian

Perjumpaan mesyuarat Raja Muda Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa Orang-orang Besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf di Pulau Pangkor pada 20 Januari 1874 telah menghasilkan Perjanjian Pangkor dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

“ 
Raja Muda Ibrahim diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat Residen British hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat Residen British.

Kesan Perjanjian

Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut tetapi nasi sudah menjadi bubur. Raja Abdullah diiktiraf Inggeris sebagai sultan dan Sir James W.W. Birch menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak. Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu.

Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh Birch yang berjaya dilakukan pada tahun 1875 di Pasir Salak. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876.

Ramai wira negeri Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain. Sultan Abdullah pula disingkir ke Pulau Seychelles.

Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.

Dengan berjaya membantutkan penentangan Melayu, Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Perak bersama Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang kemudiannya dikenali dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Siapakah Sebenarnya Barbarossa Yang Sangat Ditakuti Oleh Orang-Orang Eropah Selama Berabad-Abad.


Anda yang gemar membaca komik Asterix dan anda yang pernah menonton filem 'Pirates of The Carribean', tentu ingat watak jahat 'Barbarossa' bukan? Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya fiksyen Eropah dan Amerika biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan watak seorang penjahat (biasanya seorang lanun laut jahat).


The Barbarosa Brothers

Pada abad ke-15 Masihi, di Laut Mediterranean ada dua pelaut bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers. Kedua-dua tokoh ini menjadi legenda dalam dunia lautan dan merupakan tokoh pelaut yang sangat ditakuti orang-orang Eropah pada zamannya.

Kebiasaannya ialah merampas barang-barang berharga yang dibawa oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut Mediterranean. Awak kapal yang dirampas biasanya diberi dua pilihan; mati kerana melawan atau hidup dengan menyerah secara sukarela.

Siapakah sebenarnya Barbarossa yang sangat ditakuti oleh orang-orang Eropah selama berabad-abad itu? Mengapa hingga zaman sekarang nama itu terus menghantui benak dan fikiran mereka?

Barbarossa bukanlah sebuah nama. Barbarossa merupakan kata dalam bahasa Latin-gabungan dari kata barber (janggut) dan rossa (merah). Jadi Barbarrossa bererti janggut merah. Barbarossa merupakan julukan yang diberikan oleh para pelaut Eropah kepada adik-beradik Aruj dan Khairuddin dari Turki. Kedua-dua adik-beradik ini hanyalah pelaut-pelaut biasa yang rutin belayar di kawasan perairan Greece dan Turki.

Awal Gerakan Barbarosa

Pada suatu hari, tanpa sebab yang jelas, kapal milik keluarga mereka diserang secara kejam oleh kapal tentera Knight of Rhodes. Dalam peristiwa ini, adik bongsu Aruj dan Khairuddin terbunuh. Aruj dan Khairuddin sangat sedih dengan kematian adik bongsu mereka.

Sejak saat itu, mereka melakukan aksi lanun terhadap semua kapal-kapal tentera milik kerajaan-kerajaan Kristian. Aksi-aksi mereka sangat menggemparkan dan membuat mereka ditakuti tentera Kristian. Aruj dan Khairuddin pun kemudian dikenali sebagai The Barbarossa Brothers Pirates kerana kedua-duanya berjanggut merah.

Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol lanun. Bendera yang dipasang Aruj dan Khairuddin di kapal mereka adalah sebuah bendera berwarna hijau mengandungi kaligrafi doa Nashrun minallaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin, wahai Muhammad, empat nama khulafaur rasyidin, pedang Zulfikar dan bintang segi enam Yahudi (Bintang David) kerana anak kapal yang dipimpin kedua bersaudara ini terdiri daripada orang-orang Islam dari bangsa Moor, Turki, dan Sepanyol, serta beberapa orang Yahudi.

Pada tahun 1492 M, Andalusia yang sejak tahun 756 M dikuasai oleh Daulah Khilafah Islamiyah, jatuh ke tangan Pasukan Salib yang terdiri daripada pasukan gabungan Aragon dan Sepanyol. Dalam peristiwa penaklukan Andalusia ini, berjuta-juta orang Islam dan Yahudi tewas dibantai pasukan yang dipimpin Raja Ferdinand II dari Aragon.

PERJUANGAN JIHAD Barbarosa

Peristiwa itu mengubah haluan misi dendam Aruj dan Khairuddin menjadi misi Jihad Islam. Berganding bahu bersama sekumpulan militan bangsa Moor, mereka kemudian menyelamatkan puluhan ribu Umat Islam dari Sepanyol ke Afrika utara (Maghribi, Tunisia dan Algeria). Kemudian mereka membina pangkalan pertahanan laut di Algeria untuk menghalang gelombang serangan Pasukan Salib dari jalur Afrika Utara menuju Tanah Suci Palestin.

Khalifah Islam ketika itu, Sulaiman I, mendengar cerita-cerita kehebatan Barbarossa bersaudara. Sulaiman I sangat kagum pada heroisme mereka. Kerana prestasi mereka di lautan, akhirnya Sulaiman I mengangkat Aruj dan Khairuddin sebagai Kapudan Pasha (Panglima Tentera Laut) Khilafah Islamiyyah untuk memantapkan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah yang amburadul.

HASUTAN PIHAK SEPANYOL

Pada tahun 1518 Sepanyol berjaya menghasut Amir bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk melancarkan pemberontakan kepada kepemimpinan Aruj. Aruj kemudian menyerahkan pemerintahan Algeria kepada Khairuddin untuk sementara. Lalu ia memimpin pasukan untuk berangkat ke Tlemcen. Hati Aruj sangat pilu kerana dia malah berperang dengan saudara sendiri sesama Muslim. Akibatnya dia kurang menumpukan perhatian dan pasukannya kucar-kacir.

Aruj sempat melepaskan diri, namun banyak pasukannya yang tertangkap. Kerana hubungan emosionalnya dengan anak buahnya, Aruj kembali ke Tlemcen untuk bertempur dan dia gugur dalam pertempuran tersebut.

Dengan gugurnya Aruj, kepimpinan Tentera Laut Daulah Khilafah Islamiyah beralih ke tangan Khairuddin. Sepanyol mengira bahawa era kejayaan Barbarossa di Laut Tengah telah berakhir. Lalu, dengan yakin, Sepanyol menghantar 20,000 tenteranya ke Algeria. Pertempuran hebat pun berlaku, namun Khairuddin berjaya menewaskan pasukan laut tersebut.

Sejarah dan Kehebatan Pasukan Janissary

Dengan meminimumkan ancaman dari negeri sekitar Algeria, selain ancaman utama Sepanyol, Khairuddin kemudian meminta kepada Khalifah Sulaiman I agar kuasa Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kepadanya. Sulaiman I pun setuju. Pada 1519, Khalifah mengangkat Khairuddin sebagai beylerbey (Bakhlair Baik) atau wakil Khalifah untuk wilayah Algeria dan sekitarnya. Kemudian Khairuddin juga ditugaskan untuk memimpin pasukan tentera elit Daulah Khilafah Islamiyah, Pasukan Janissary.

Dalam masa kepimpinan Khairuddin, Pasukan Janissary berjaya melakukan banyak penyelamatan Umat Islam di Andalusia. Tercatat mereka melakukan 7 kali pelayaran dengan 36 buah kapal untuk mengangkut Umat Islam Sepanyol yang diburu seperti haiwan oleh Ferdinand II dan Pasukan salibnya.

Pertengahan dekad 1520-an, Pasukan Darat Janissary yang dipimpin oleh Khalifah Sulaiman I berjaya memenangi semua pertempuran darat. Pada masa yang sama, Pasukan Laut Janissary di bawah pimpinan Khairuddin juga berjaya mengawal lalu lintas pelayaran di Laut Tengah sepenuhnya. Keadaan ini membuat Pasukan Salib Kristian Eropah menjadi keruan.

Akhir Gemilang Barbarosa Sebelum Kematiannya

Tahun 1538, Pasukan Salib Gabungan Itali-Sepanyol menyerang Preveza yang ketika itu merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah. Andrea Doria memimpin 40 kapal dan Barbarossa hanya memimpin 20 kapal. Namun dengan kecerdikannya, Barbarossa memecah armadanya ke tiga arah dan memerangkap Pasukan Andrea Doria di tengah-tengah dan kemudian mengebom armada Andrea Doria habis-habisan.

Andrea Doria dan armada lautnya pun lari dari pertempuran. Walau begitu, Khairuddin tidak mengejarnya kerana dia tidak mahu berperang di laut lepas, mengingati kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai peralatan yang lebih canggih. Apalagi ia hanya memimpin 20 kapal.

Tiga tahun kemudian, Pasukan Salib Gabungan Sepanyol-Genoa kembali menyerang Algeria dengan kekuatan 200 kapal. Mereka sengaja melancarkan serangan di luar musim pelayaran, untuk mengelakkan pertemuan dengan Pasukan Barbarossa. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha berjuang sekuat tenaga untuk mempertahankan Algeria. Charles V dan Andrea Doria yang memimpin serangan tidak menjangka bahawa pertahanan dan strategi perang Hasan Agha sangat matang, sehingga armadanya pun kacau-bilau.

Ketika itu pula tiba-tiba badai laut dahsyat menghentam Laut Mediterranean. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan pahit.

Tahun 1565, di penghujung usia, Khairuddin Barbarossa memimpin pasukan untuk merebut Malta dari tangan Knight of St. John. Namun dalam pertempuran itu, Khairuddin gugur. Kemudian Khairuddin dimakamkan di Istanbul. Berhampiran kuburnya dibina sebuah masjid dan madrasah untuk mengenangnya. Hingga kini makam tersebut masih dijaga untuk menjadi bukti kepahlawanan Khairuddin atau dikenali sebagai Barbarossa yang namanya masih ditakuti bangsa Eropah hingga zaman sekarang.

Raja Haji Fisabilillah & Perjuangannya Menentang Belanda


Raja Haji Fisabilillah dilahirkan di Kota Lama, Ulusungai, Riau pada tahun 1725. Raja Haji Fisabilillah ibniDaeng Celak atau lebih dikenali sebagai Raja Haji adalahseorang pahlawan Bugis dan yang dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga (1777- 1784). Daripadasebelah ayahnya, Raja Haji berasal daripada keturunan raja-raja di tanah Bugis,negeri Luwuk. Di sebelah ibunya pula berasal daripada keturunan raja-rajaMelayu.  Raja Haji merupakan adik Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor. ManakalaRaja Ali Haji yang terkenal itu merupakan cucu beliau.

RajaHaji-Yang Dipertuan Muda Riau IV-adalah pahlawan Melayu yang amat termashur.Beliau berperang melawan penjajah Belanda sejak berusia muda sampai akhirhayatnya dalam peperangan hebat di Tetuk Ketapang tahun 1784. Raja Haji Ibni Opu Daeng Cellak, Yang Dipertuan MudaRiau Ke-4 merupakan peneroka pertama orang Melayu yang menggunakan peralatan moden dalam ilmu pelayaran dan geografi.

Raja Haji merupakan pahlawan Melayu yang hebat diabad ke 18 disamping merupakan seorang pelayar, pengembara dan pakar ilmumaritim yang terhandal. Malah penjajah Belanda ketika itu sangat mengagumibeliau seperti yang dinyatakan oleh sarjana sejarah Leonard Y. Andaya dalam bukunya “The Kingdom of Johor 1641-1788: Economic and Political Development”,1975.

Sejarah Perjuangan 

       Sewaktu pemerintahan Sultan Ibrahim Selangor telah berlaku konflik antara Belanda di Melaka dengan Raja Haji.Konflik ini adalah bermula bila terjadinya peristiwa dimana pada 1782 Gabenor Belanda di Melaka (Pieter Gerurdus De Bruijn ) telah mengarahkan Seorang Kapten Perancis (Mathurin Barbaron )menawan sebuah kapal British yang berlabuh di perairan Pulau Bayan dalam kawasan Johor-Riau. Kapal British itu adalah bernama Betsy yang diketuai oleh Kapten Robert Gaddes dan membawa 1254 peti candu. Bila kapal ini berjaya dirampas maka muatannya telah dijual lalu hasilnya di bahagi antara Belanda dan Kapten Perancis sahaja.Setelah Raja Haji mengetahui mengenai hal ini maka ia telah menuntut bahagiannya kerana menurut perjanjian antara Johor dan Belanda mana-mana rampasan yang dibuat oleh Belanda dalam perairan Johor hendaklah di bahagi dua.Walaubagaimana pun Gabenor Belanda cuba berdalih dengan menghantar seorang kapitan Melayu Dan pegawai Belanda Untuk membuat perundingan di Muar denganRaja Haji.Namun perundingan ini telah gagal kerana belanda tetapI mengatakan bahawa Raja Haji tetap tidak berhak dan Raja Haji berkeras Mahukan bahagiannya.AkhirnyaRaja Haji menjadi marah lalu memulangkan surat perjanjian kepada belanda danselepas itu beliau telah menjadi musuh utama belanda dengan menyerang kapal perdagangan di Selat Melaka untuk mengangu perdagangan Belanda.   
      
Belanda telah bertindak balas di mana Belanda telah menghantar satuangkatan perang menyerang Raiu dengan kekuatan 6 buah kapal dan 910 askar.Angkatan ini telah diketuai oleh Togar Aboe .Walaubagaimana pun amngkatan initelah gagal menawan Riau kerana tentangan yang hebat daripada Raja Haji. sept1782 Belanda telah menghantar bantuan dengan menghantar 7 buah kapal dengan 594anak kapal namun masih gagal menawan Riau. Akhir 1782 Belanda sekali lagimenghantar bantuan untuk menyerang Riau sebanyak 17 kapal kecil dan 600askar. Angkatan ini adalah diketuai oleh Kapal Malakka's Welvaran .Dengan penghantaran bantuan ini angkatan Belanda Ingin melancarkan serangan besar-besaran keatas Riau.   
   
Peperangan ini telah sampai kepengetahuan Sultan Ibrahim Selangor.Baginda  merasakan bahawa ia perlu membantu Raja Haji dengan melancarkan serangan keMelaka. Baginda dan adiknya Raja Nala telah bergerak ke Rembau untuk berundingdengan penghulu di sana. Akhirnya penghulu Rembau bersetuju untuk membantu baginda. Angkatan Selangor dan Rembau telah mara ke Melaka Hingga berjaya memusnahkan sepanjang kawasan dari Sungai Baru hingga ke Batang tiga. Bagindapun mendirikan kubu di Batang Tiga .Setelah berjaya mendirikan kubunya di Batang Tiga, Sultan Ibrahim berserta 30 hulubalang telah bertolak ke Riau untuk menemui Raja Haji pada Febuari 1784. Sewaktu di Riau baginda telah memujuk RajaHaji untuk Bersama-sama serang Melaka. Walaupun ada para pembesar tidak mahu Raja Haji tidak turut sama namun Raja Haji tetap berkeras untuk pergi atas alasan bahawa anak saudaranya sendiri yang datang menjemput, pihak Selangor dan Rembau sedang menyabung nyawa menentang Belanda di Melaka dan perjuangan ini adalah untuk menentang orang Kafir (fisabililah ).

      Akhirnya pada 13 Febuari 1784 Raja Haji telah bertolak ke Melaka untuk membantu pasukan Selangor danRembau. Beliau telah mendirikan kubu pertahanan di Tanjung Palas untuk menghadapi Belanda. 25 febuari 1784 angkatan Bugis mula menyerang dan menawan Punggur, duyung, Ujung pasir, Bunga raya, Bandar hilir, Bukit Cina dan Tanjung keling. Gabenor belanda di Melaka telah meminta bantuan daripada Betawi. Pada 1 Jun1784, bantuan daripada Betawu telah tiba yang di ketuai oleh Jacob PieterVan Braam yang terdiri daripada 6 buah kapal besar dan beberapa kapal kecil beserta 2130 tentera. Dengan kehadiran bantuan ini maka kubu Raja Haji dan Sultan Ibrahim telah di bedil dengan hebatnya.  Pada18 Jun 1784 seramai 734 askar Belanda telah mendarat di Teluk Ketapang menyebabkan terjadinya petempuran sengit antara pasukan Raja Haji dengan Belanda.Dalam keadaan begini Raja Haji telah berjuang dengan hebatnya namun akhirnya sebuah peluru telah berjaya mengenainya. Ekoran daripada peristiwa terbunuhnya Raja Haji ini maka pasukan Johor dan Selangor telah berundur ke tempat masing-masing.

Sejarah Perang Yunani dan Parsi - Part 1


Greek Persian War

Kisah yang benar-benar terjadi 2500 tahun yang lalu, kisah mengenai pertempuran epik antara bangsa Yunani dengan Persia, pertempuran untuk menyelamatkan tanah air orang-orang Yunani dari serbuan kekaisaran Persia yang didukung puluhan hingga ratusan suku bangsa yang berasal dari negeri-negeri jauh di Asia.

Kisah ini berdasarkan apa yang ditulis Herodotus, ahli sejarah Yunani, dalam karyanya, The Histories, 5 abad SM yang dilihat dari sudut pandang Yunani. Perang memang tidak adil dan tidak ada yang benar dan salah dalam perang. Masing-masing pihak memiliki versinya masing-masing. Bila ada yang lebih mengetahui bagaimana perang dilihat dari kacamata orang-orang Persia, silakan membandingkannya, tentu saja harus didukung oleh bukti-bukti yang kuat.
Kata-kata dalam kurung dengan tulisan miring adalah nama tokoh/tempat dalam bahasa Persia Kuno, sebagian besar nama-nama di bawah ini menggunakan nama Yunani/Latin.
Dinasti Akhaemenida (Hakhamanisiya)

Kita mulai kisah ini dengan silsilah dinasti raja-raja Persia Kuno yang dikenal dengan nama dinasti Akhaemenida (Hakhamanisiya), diambil dari nama pendirinya, Akhaemenes (Hakhamanis), seorang jendral perang yang membentuk angkatan perang pertama pasukan Persia. Putranya, Teispes (Cispis) memperluas wilayah kerajaan Persia dan setelah kematiannya membagi kerajaan menjadi dua bagian. Bagian utara dipimpin oleh putranya Ariaramenes (Ariyaramna) dan bagian Selatan dikuasai oleh putranya yang lain, Cambysses (Kambujiya) I.

Raja pertama Persia Kuno yang menyatukan seluruh wilayah Persia adalah Cyrus (Khurus) The Great , putra Cambysses I, yang naik takhta 559 SM dan mengalahkan Maharaja Astyages dari Media (Mada), 550 SM. Saat itu, kekuasaan Media sangat besar, wilayahnya diperkirakan membentang dari Kappadokia dan Armenia di Barat hingga Baktria, Aria dan Hyrkania di Timur.

Cyrus kemudian merebut Lydia yang diperintah oleh raja Kroesus (kira-kira 547 SM), Baktria, Sogdia, lalu menyerang India dan menaklukkan kota Babylonia (Babiru), 539 SM. Ibukota kerajaan Cyrus bernama Pasargadae (Pathragada), yang dibangun diatas lokasi dimana ia mengalahkan Astyages. Cyrus tewas terbunuh 530 SM saat melakukan penyerbuan ke Massagetae, yang dihuni orang-orang dari suku Skythia.

Cyrus digantikan oleh putranya, Cambysses II, yang menaklukkan Mesir (Mudraya), 525 SM. Tiga tahun kemudian, perang saudara pecah saat orang dalam istana, Gaumata, melakukan kudeta. Cambysses, yang masih berada di Mesir, memilih pulang ke Persia, tetapi meninggal di Syria. Gaumata menghambil alih kepemimpinan yang kosong sampai, saudara jauh dari Cambysses, Pangeran Darius (Darayavaus) yang menikah dengan putri Cyrus, berhasil membunuh Gaumata.

Setelah kudeta kedua dalam waktu satu tahun ini, banyak negeri jajahan yang memberontak. Pemberontakan paling besar dilancarkan oleh Phraortes (Frada) dari Media dan Nidintu-Bel (Naditabira) dari Babylonia. Setelah melewati 19 kali pertempuran, Persia dibawah kepemimpinan dinasti Akhaemenida mengalami masa-masa tenang. Dalam inskripsi monumen Behistun, disebutkan kemenangan Darius adalah bukti bahwa ia adalah utusan agung dari dewa paling disembah bangsa Persia saat itu, Ahuramazda.