Raja Haji Fisabilillah dilahirkan di Kota Lama, Ulusungai, Riau pada tahun 1725. Raja Haji Fisabilillah ibniDaeng Celak atau lebih dikenali sebagai Raja Haji adalahseorang pahlawan Bugis dan yang dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga (1777- 1784). Daripadasebelah ayahnya, Raja Haji berasal daripada keturunan raja-raja di tanah Bugis,negeri Luwuk. Di sebelah ibunya pula berasal daripada keturunan raja-rajaMelayu. Raja Haji merupakan adik Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor. ManakalaRaja Ali Haji yang terkenal itu merupakan cucu beliau.
RajaHaji-Yang Dipertuan Muda Riau IV-adalah pahlawan Melayu yang amat termashur.Beliau berperang melawan penjajah Belanda sejak berusia muda sampai akhirhayatnya dalam peperangan hebat di Tetuk Ketapang tahun 1784. Raja Haji Ibni Opu Daeng Cellak, Yang Dipertuan MudaRiau Ke-4 merupakan peneroka pertama orang Melayu yang menggunakan peralatan moden dalam ilmu pelayaran dan geografi.
Raja Haji merupakan pahlawan Melayu yang hebat diabad ke 18 disamping merupakan seorang pelayar, pengembara dan pakar ilmumaritim yang terhandal. Malah penjajah Belanda ketika itu sangat mengagumibeliau seperti yang dinyatakan oleh sarjana sejarah Leonard Y. Andaya dalam bukunya “The Kingdom of Johor 1641-1788: Economic and Political Development”,1975.
Sejarah Perjuangan
Sewaktu pemerintahan Sultan Ibrahim Selangor telah berlaku konflik antara Belanda di Melaka dengan Raja Haji.Konflik ini adalah bermula bila terjadinya peristiwa dimana pada 1782 Gabenor Belanda di Melaka (Pieter Gerurdus De Bruijn ) telah mengarahkan Seorang Kapten Perancis (Mathurin Barbaron )menawan sebuah kapal British yang berlabuh di perairan Pulau Bayan dalam kawasan Johor-Riau. Kapal British itu adalah bernama Betsy yang diketuai oleh Kapten Robert Gaddes dan membawa 1254 peti candu. Bila kapal ini berjaya dirampas maka muatannya telah dijual lalu hasilnya di bahagi antara Belanda dan Kapten Perancis sahaja.Setelah Raja Haji mengetahui mengenai hal ini maka ia telah menuntut bahagiannya kerana menurut perjanjian antara Johor dan Belanda mana-mana rampasan yang dibuat oleh Belanda dalam perairan Johor hendaklah di bahagi dua.Walaubagaimana pun Gabenor Belanda cuba berdalih dengan menghantar seorang kapitan Melayu Dan pegawai Belanda Untuk membuat perundingan di Muar denganRaja Haji.Namun perundingan ini telah gagal kerana belanda tetapI mengatakan bahawa Raja Haji tetap tidak berhak dan Raja Haji berkeras Mahukan bahagiannya.AkhirnyaRaja Haji menjadi marah lalu memulangkan surat perjanjian kepada belanda danselepas itu beliau telah menjadi musuh utama belanda dengan menyerang kapal perdagangan di Selat Melaka untuk mengangu perdagangan Belanda.
Belanda telah bertindak balas di mana Belanda telah menghantar satuangkatan perang menyerang Raiu dengan kekuatan 6 buah kapal dan 910 askar.Angkatan ini telah diketuai oleh Togar Aboe .Walaubagaimana pun amngkatan initelah gagal menawan Riau kerana tentangan yang hebat daripada Raja Haji. sept1782 Belanda telah menghantar bantuan dengan menghantar 7 buah kapal dengan 594anak kapal namun masih gagal menawan Riau. Akhir 1782 Belanda sekali lagimenghantar bantuan untuk menyerang Riau sebanyak 17 kapal kecil dan 600askar. Angkatan ini adalah diketuai oleh Kapal Malakka's Welvaran .Dengan penghantaran bantuan ini angkatan Belanda Ingin melancarkan serangan besar-besaran keatas Riau.
Peperangan ini telah sampai kepengetahuan Sultan Ibrahim Selangor.Baginda merasakan bahawa ia perlu membantu Raja Haji dengan melancarkan serangan keMelaka. Baginda dan adiknya Raja Nala telah bergerak ke Rembau untuk berundingdengan penghulu di sana. Akhirnya penghulu Rembau bersetuju untuk membantu baginda. Angkatan Selangor dan Rembau telah mara ke Melaka Hingga berjaya memusnahkan sepanjang kawasan dari Sungai Baru hingga ke Batang tiga. Bagindapun mendirikan kubu di Batang Tiga .Setelah berjaya mendirikan kubunya di Batang Tiga, Sultan Ibrahim berserta 30 hulubalang telah bertolak ke Riau untuk menemui Raja Haji pada Febuari 1784. Sewaktu di Riau baginda telah memujuk RajaHaji untuk Bersama-sama serang Melaka. Walaupun ada para pembesar tidak mahu Raja Haji tidak turut sama namun Raja Haji tetap berkeras untuk pergi atas alasan bahawa anak saudaranya sendiri yang datang menjemput, pihak Selangor dan Rembau sedang menyabung nyawa menentang Belanda di Melaka dan perjuangan ini adalah untuk menentang orang Kafir (fisabililah ).
Akhirnya pada 13 Febuari 1784 Raja Haji telah bertolak ke Melaka untuk membantu pasukan Selangor danRembau. Beliau telah mendirikan kubu pertahanan di Tanjung Palas untuk menghadapi Belanda. 25 febuari 1784 angkatan Bugis mula menyerang dan menawan Punggur, duyung, Ujung pasir, Bunga raya, Bandar hilir, Bukit Cina dan Tanjung keling. Gabenor belanda di Melaka telah meminta bantuan daripada Betawi. Pada 1 Jun1784, bantuan daripada Betawu telah tiba yang di ketuai oleh Jacob PieterVan Braam yang terdiri daripada 6 buah kapal besar dan beberapa kapal kecil beserta 2130 tentera. Dengan kehadiran bantuan ini maka kubu Raja Haji dan Sultan Ibrahim telah di bedil dengan hebatnya. Pada18 Jun 1784 seramai 734 askar Belanda telah mendarat di Teluk Ketapang menyebabkan terjadinya petempuran sengit antara pasukan Raja Haji dengan Belanda.Dalam keadaan begini Raja Haji telah berjuang dengan hebatnya namun akhirnya sebuah peluru telah berjaya mengenainya. Ekoran daripada peristiwa terbunuhnya Raja Haji ini maka pasukan Johor dan Selangor telah berundur ke tempat masing-masing.
No comments:
Post a Comment