Kitab Permulaan Pertuturan Melayu
oleh Dato' ‘Abdu'Llāh ‘Abdu'l-Rahman (asal Muar, Johor),
Tahun Terbit: 1912 (Cetakan Kedua)
Maṭba‘ah The Aḥmad Press, 127 Jalan Sultan Singapura.
Kitab Permulaan Pertuturan Melayu
oleh Dato' ‘Abdu'Llāh ‘Abdu'l-Rahman (asal Muar, Johor),
Tahun Terbit: 1912 (Cetakan Kedua)
Maṭba‘ah The Aḥmad Press, 127 Jalan Sultan Singapura.
Karya sebelum Perang Dunia, yang membicarakan nahu bahasa Melayu berdasarkan pengaruh nahu Arab dan Inggeris.
Susunannya hampir menyamai aturan Raja Ali Haji (m. 1873M) yang dikarang menerusi Bustān al-Kātibīn dan Kitāb Pengetahuan Bahasa, yang mengikuti gaya-aturan nahu Arab terkenal, Matn Al-Ājurrūmiyyah.
Karya ini ialah satu usaha ‘ilmiyyah bangsa Melayu dalam menyusun bahasanya menjadi bahasa yang luhur, ya‘nī sebagai bahasa ‘ilmu. Ia sebagai sebuah karya yang penting bagi memahami struktur bahasa Jawi dan kitab tua Melayu. Kitab ini ialah salah satu kitab nadir yang penting dalam perkembangan nahu atau tatabahasa Melayu yang diusahakan oleh anak tempatan.
Berikut dilampirkan perumian petikan perenggan muqadimmah:
"Shahdān, tidak sekali-kali kami kehendak atau menjadikan perhimpunan ini (kitab ini) supaya keadaanya jadi suatu alat penyalah atau pembantah fa-i‘tirāḍ atas aturan dan perjalanan lughat ini yang telah biasa dan berlaku dalam kemanisannya. Tetapi adalah sebenar-benarnya tujuan kami supaya jadi pengiring atas segala kehendak dan menyonsong akan maḥabbah dan ingatan yang ikhlāṣ bagi lainnya dengan ikhtiyār-ikhtiyār yang baharu bagi memperkenankan: menghubung pada perkara-perkara yang boleh berguna; serta dipohonkan pertolongan bagi menghubung menambah dan membaiki akan segala kepatutannya dengan segala perkara-perkara dan timbangan yang lebih munāsabah..."
#sejarahmuar
No comments:
Post a Comment